"Tiada kejayaan tiada rintangan,Tiada kegembiraan tiada kesedihan..,Bukan senang nak senang,Bukan susah nak susah..,Tanpa keberanian impian Tidak akan bermakna..., Itulah waktu yang dikurniakan bagi kita setelah diulit perasaan. Waktu menjadi penentu kehidupan ini. Dan waktu juga mengiringi takdir kita"

Rabu, 29 Disember 2010

Tentang Cinta

Ianya bukanlah sebuah puisi, tetapi sebuah doa yang sesuai untuk kita baca dan dikongsikan di laman Tentang Cinta ini. Mudah-mudahan doa ini dapat kita amalkan agar kita jatuh hati pada seseorang bukan kerana dirinya tetapi keranaNya

[audio:http://sites.google.com/site/tentangcinta/Jika_Aku_Jatuh_Hati.mp3]

Bismillahirrahmanirrahim…

Ya Allah…
Jika aku jatuh cinta,
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya PadaMu,
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu…

Ya Muhaimin…
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana…
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya,
Agar tidak berpaling daripada hatiMu…

Ya Rabbul Izzati…
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang,
Yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah…
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya,
Bermunajat di sepertiga malam terakhirMu…

Ya Allah…
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh,
Dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu…

Ya Allah,
Jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas,
Sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu…

Amin ya rabbal alamin…

Cinta Terpaksa..

Kehidupanku penuh dengan perit dan getir
Aku terluka kerana harus melakukan semua ini dengan bukan rela hatiku.
Ia amat menyeksa diriku dan amat menyakitkan,
Aku tahu aku seorang yang lemah dan tidak mempunyai apa-apa
Tetapi tidak bermakna aku harus mengikuti segala-galanya
Tanpa kerelaan hatiku

Aku terseksa dengan kehidupan ini
Bibir manisku tersenyum manis,
Gelak manjaku sentiasa kedenganran
Suara merduku sentiasa menghilangkan sepi
Tetapi hatiku menangis merintih mahu dilepaskan
Aku menangis kerana nasibku yang malang.

Oh….Tuhan
Apakah kesalahanku sehingga nasib aku seperti ini sesungguhnya aku hanyalah manusia yang lemah

Dalam doaku…..
Aku mohon kepadamu Ya Allah
Aku merayu padamu
Memaafkanlah segala dosaku
Dan memberikan sinar yang terang

Kepada diriku aku mengharap
Supaya bukan hanya dibibirku sahaja yang gembira
Tetapi hati dan jiwaku.
Ku berserah kepadamu Ya Allah
Memberikan aku sinar yang lebih berbahagia.

sempat aku ke i-city

...kuala lumpur aku dah melepak kat dataran merdeka tu...masa tu seronok lah jadi warga kota...apatah lagi duduk kat shah alam tu di mana aku boleh melihat telatah orang...kawan-kawan ku tu. lepas tu aku mula rasa bosan tahap gaban...mula lah hati aku ada kat umah . best lagi duduk kat kampung.gelap gelita pun aku happy...

hari ni...dengan rasa tak best nya aku kembali menjadi warga kota.warga shah alam yang sarat dengan kontena2.....aduhai.hehehe...

malam tadi sempat aku ke i-city...wah!bertuah lah pula menjadi warga shah alam ni.malam-malam boleh pergi melepak ke taman yang penuh dengan lampu...berwarna-warni..ia membuat kan aku tertanya-tanya...berapa bil elektrik taman ni ye?..ada rumah salji juga...bila masuk memang rasa sejuk.kapas-kapas memutih umpama salji.okey lah tu walaupun bukan real...meh kita saksikan kan lampu-lampu tu..jalan-jalan ngan member nek motor..heheh...

Muncul kembali

Sudah sekaian lama menghilang... umm.. setiap kali ingin msuk ke web ni..ade saje halang..akhirnya dapat jugak kembali untuk menaip semula...
semenjak aku habis stdy ni terllu bnyak pgalam yg aku pelajari... sejak aku berkerja mcm2 ragam manusia... dekat sni aku kanl ramai kawan tapi... bse la org bru kerjekn..tpi alhamdullah semuany ok..dkt sni aku kanl apis,bob,nuar,faizal n ramai lgi..dorg ni mmg best giler2 gak la orgny... tpi ade sorg ni dia mcm skr je dkt aku... aku ttap jgk kwan... kuar jln2 mcm org len jgk.. tpi apish mnruh harapan dekat aku.. aku tahu dia suke dkt aku tetapi.. aku tidak boleh untk mnerimany dlam hidup aku.. aku xthu la knpe aku x bleh nk terima dia.. aku msih tringt kisah2 lame aku, aku skar untuk melupakan... tetapi aku tidak mbri ape2 harapn utk dia... aku dgn dia hnya sbgai kwn ..

ayat yang pernah dhntar kpda aku mlli msg..

" wahai cinta dimana kau berada,puas sudah aku mencari, dimanakah cinta ku, temukan cinta itu.. kawan adakah itu permulaan cinta?
puas sudah aku bertanya, tapi hanya senyum dan tawa yang kau berikan, apa yang dipinta aku tunaikan, apa dihajati telah ku berikan tanpa ku pinta apa pun, tapi satu yang kupinta, terimalah cinta ku ini (niyang sy tulis awk bce..skrg awk bce ek n bru tau mcm mane bila ati yg menagis) selamat malam.."

aku mengerti aku faham tetapi cinta xboleh dipakse,aku harap sgt dia faham.. aku pernh bgthu aku hnye kwn...