"Tiada kejayaan tiada rintangan,Tiada kegembiraan tiada kesedihan..,Bukan senang nak senang,Bukan susah nak susah..,Tanpa keberanian impian Tidak akan bermakna..., Itulah waktu yang dikurniakan bagi kita setelah diulit perasaan. Waktu menjadi penentu kehidupan ini. Dan waktu juga mengiringi takdir kita"

Rabu, 2 Jun 2010

Penyakit Meningokokal (Meningitis)

Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang. Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.

Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan pelbagai umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat jangkitan.

Cara Jangkitan
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.

Tanda dan Gejala Penyakit Meningitis
5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-

Demam
Sakit kepala yang teruk
Loya
Muntah
Ketegangan atau sakit pada tengkuk
Mata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)
Ruam pada badan
Lain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drownsiness & confusion)
Rawatan Penyakit Meningitis
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan (prophylaxis antibiotic) hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dicegah melalui pemberian pelalian.

Kompilasi Penyakit Meningitis
Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian.

Pencegahan Melalui Pelalian Vaksin Meningococcal

Vaksin yang digunakan dipanggil Meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135
Vaksin ini disyorkan diberi kepada pelancong/pelawat yang pergi ke kawasan endemik seperti negara-negara Afrika, Amerika Selatan dan Asia Tengah termasuk Arab Saudi bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah
Vaksin ini diberi 2 minggu sebelum melancong atau lawatan dibuat. Pemberian vaksin ini boleh memberi ketahanan diri terhadap penyakit meningitis selama 3-5 tahun.
Pemberian vaksin secara rutin kepada kanak-kanak adalah tidak digalakkan.
Vaksin ini boleh didapati di hospital dan klinik kesihatan kerajaan dan swasta.